Walrus atau juga dikenali sebagai gajah mina merupakan sejenis mamalia laut yang tinggal di Laut Utara.
Menurut J.R.R. Tolkien,[1] perkataan "walrus" itu datang daripada rumpun bahasa Jermanik baik dari bahasa Belanda atau bahasa Norse lama; komponen "wal-" dikatakan berasal daripada walvis iaitu "ikan paus" dalam bahasa Belanda manakala komponen "-rus" dikatalan berasal daripada "hross" aitu "kuda" (lihat juga horse)'.[2] Ada juga teori yang menyatakan ia datang daripada gabungan kata bahasa Belanda wal ("pantai") dan reus ("gergasi").[3]
Walrus ialah sejenis mamalia dari order Carnivora. Ia merupakan satu-satunya spesies dalam keluarga Odobenidae, salah satu tiga garis keturunan dalam superkeluarga Pinnipedia bersama-sama Phocidae dan Otariidae.
Terdapat dua subspesies walrus yang dikenal pasti secara meluas iaitu walrus Atlantik (O. r. rosmarus- Linnaeus, 1758) dan walrus Pasifik (O. r. divergens - Illiger, 1815). Perbezaan genetik yang tetap antara kedua-dua subspesies ini menandakan suatu pemisahan dalam taburan mereka yang berlaku dalam dianggarkan antara 500 dan 785 alaf yang lalu.[4]
Walrus Pasifik mempunyai taburan lebih banyak daripada walrus Atlantik. Kebanyakan walrus Pasifik kelihatan pada musim panas di kawasna utara Selat Bering di Laut Chukchi sepanjang lautan Artik ke pesisiran utara Siberia Barat berhampiran Pulau Wrangel, di Laut Beaufort sepanjang pesisiran utara Alaska ke Pulau Unimak[5] serta di perairan antara kedua-dua kawasan ini. Walrus Atlantik pula bertaburan di kawasna pesisiran utara Kanada ke Greenland, Svalbard, serta kawasan barat Rusia Artik.
Haiwan ini cenderung hidup di kawasan berpentas benua serta mencari makanan di dasar laut, tuertamanya dari dasar ais laut.[6]
Ia mampu makan pelbagai jenis haiwan sehingga sebanyak 60 jenis termasuk udang, ketam, batu karang lembut, timun laut, moluska sehingga juga anggota hidupan pinniped lain.[7] Walau bagaimanapun, haiwan ini paling menggemari moluska bivalva seperti kepah yang muncul di dasar laut.[8]
Paus pembunuh dan beruang kutub sahaja yang merupakan haiwan pemangsa kepada walrus.[9]
Secara tradisinya, kesemua bahagian walrus mempunyai kegunaannya yang tertentu:[10]
Haiwan ini banyak diburu oleh para pemburu anjing laut dan ikan paus dari Amerika Utara dan Eropah pada abad ke-18 dan 19 sehingga hampir melenyapkan taburan walrus Atlantik.[11] Pemburuan secara komersil kini diharamka dalam lingkungan habitat ia, namun masyarakat peribumi tertentu seperti orang-orang Chukchi, Yupik and Inuit[12] dibenarkan memburu sebilangan kecil walrus pada hujung musim panas.
Walrus atau juga dikenali sebagai gajah mina merupakan sejenis mamalia laut yang tinggal di Laut Utara.