Kumbang kayap (Jawi: كومبڠ کايڤ), ialah sebuah famili kumbang (Staphylinidae)[1] yang mempunyai elytra (penutup sayap) pendek. Serangga ini ada kira-kira 63,000 spesies dengan beribu-ribu genus, dan ia merupakan kumpulan organisma terbesar yang masih hidup. Kumpulan ini sudah lama wujud, dengan fosil kumbang kayap daripada genus Leehermania ditemui wujud dari zaman Trias kira-kira 200 juta tahun dahulu.[2] Dari segi ekologi dan rupa bentuk, kumpulan ini amat luas dengan beraneka kumbang dalamnya, dan biasa ditemui dalam ekosistem bertanah dan sawah.
Oleh kerana familinya amat besar, ada banyak perbezaan daripada spesies ke spesies. Saiz kumbang kayap boleh berukuran antara <1 ke 35 mm (1.4 in), dan yang paling besar antara 2–8 mm, dan badan ia selalunya memanjang, tetapi ada yang berbentuk membujur. Warnanya antara kuning dan merah, ke perang kemerah-merahan, ke coklat ke hitam, ke biru, dan hijau pendarrona. Sesungut biasanya terbahagi kepada 11 segmen dan halus, dan dalam sesetengah genus ada bonjol-bonjol. Abdomen ia panjang dan fleksibel, dan sesetengah kumbang kayap rupa seakan-akan lelawi.
Anggota-anggota Paederina (lebih tepat sekali genus Paederus), sebuah subtribus Paederinae, mempunyai vesikan (bahan pelepuh) yang kuat dalam hemolimpa mereka dan boleh menyebabkan keradangan pada kulit, dipanggil dermatitis linearis. Bahan pelepuh bernama pederin ini adalah amat bertoksin, dan lebih kuat berbanding bisa ular tedung.[3]
Ontholestes tessellatus
Kumbang kayap boleh hidup dalam pelbagai habitat di mana kumbang dapat hidup, dan ialah memakan banyak benda kecuali tisu hidup tumbuhan pembuluh, tetapi kini itu juga menjadi makanan mereka selepas penemuan pemakanan Himalusa thailandensis. Kebanyakan kumbang kayap merupakan haiwan pemangsa yang hidup di atas permukaan hutan dan memakan serangga dan makhluk invertebrata yang lain. Ia biasanya hidup di bawah batu-batu dan di kawasan berair tawar. Hampir 400 spesies hidup di persisiran laut yang tenggelam apabila arus pasang,[4] seperti Thinopinus pictus,[5] namun ia tidak cecah 1% bilangan keseluruhan Staphylinidae di dunia. Ada spesies yang telah hidup sebagai makhluk inkuilin (makhluk yang hidup secara komensalis dalam tempat tinggal haiwan lain) dalam sarang semut dan anai-anai, dan hidup secara bersalingan dengan haiwan mamalia untuk memakan pinjal dan parasit-parasit lain, justeru itu memberi manfaat kepada perumah. Sebeberapa spesies, seperti yang dalam genus Aleochara, merupakan pembangkai mahupun makhluk parasit kepada serangga lain, terutama sekali pada beberapa jenis kepompong lalat.
Untuk fauna Palaeark, karya-karya yang paling terkini ialah:
Eropah
Kumbang kayap (Jawi: كومبڠ کايڤ), ialah sebuah famili kumbang (Staphylinidae) yang mempunyai elytra (penutup sayap) pendek. Serangga ini ada kira-kira 63,000 spesies dengan beribu-ribu genus, dan ia merupakan kumpulan organisma terbesar yang masih hidup. Kumpulan ini sudah lama wujud, dengan fosil kumbang kayap daripada genus Leehermania ditemui wujud dari zaman Trias kira-kira 200 juta tahun dahulu. Dari segi ekologi dan rupa bentuk, kumpulan ini amat luas dengan beraneka kumbang dalamnya, dan biasa ditemui dalam ekosistem bertanah dan sawah.