dcsimg

Pelusios castaneus ( Malay )

provided by wikipedia MS

Pelusios castaneus juga dikenali sebagai Kura-kura Lumpur Barat Afrika[3] ialah spesies kura-kura dari keluarga Pelomedusidae. Menjadikan kawasan berair sebagai habitat, berasal dari Afrika Barat dan Afrika Tengah.

Taksonomi

 src=
Pelusios seychellensis lektotip

Gelaran Kura-kura Hitam Seychelles, Kura-kura Lumpur Seychelles, atau Kura-kura Seychelles dianggap spesies kura-kura (Pelusios seychellensis) dari keluarga Pelomedusidae, yang berasal dari Kepulauan Seychelles.[4]

Analisis genetic lectotype menunjukkan kura-kura ini bukanlah dua spesies terasing malah mereka adalah dari spesies yang sama juga, iaitu Pelusios castaneus.[4] Kemungkinan spesimen tersebut dikelirukan oleh simpanan peribadisebelum diserahkan kepada Muzium Zoologi Hamburg pada 1901, atau disalahlabel pada masa tersebut.[5]

Taburan geografi

Kura-kura ini ditemui di negara-negara Barat dan Tengah Afrika: Angola, Benin, Burkina Faso, Cameroon, Cape Verde, Republik Demokratik Congo, Republik Congo, Equatorial Guinea, Gabon, Ghana, Guinea, Guinea-Bissau, Ivory Coast, Liberia, Mali, Príncipe, Senegal, Sierra Leone, Togo. Tambahan pula, spesies ini telah diperkenalkan ke Guadeloupe.[1]

Ekologi

Haiwan ini bersifat maging dan menjadikan haiwan akuatik kecil sebagai makanan. Terdapat lima fasa dalam pemakanan; pertama kepala menuju kepada mangsa, membetulkan kedudukan kepala, mendekatkan kepala, Menyepit mangsa dengan memanipulasi dan memindahkannya ke dalam mulut, dan menyedut, menyebabkan mangsa mudah dikunyah. Fasa terakhir berubah mengikut jenis mangsa sama ada bergerak cepat, seperti ikan, atau bergerak perlahan seperti siput.[6]

Rujukan

  1. ^ a b c Templat:Harnvb
  2. ^ a b Templat:Harnvb
  3. ^ Broadley, Donald G. (1973). "Provisional List of Vernacular Names for Rhodesian Reptiles and Amphibians". The Journal of the Herpetological Association of Africa. 10 (1): 17–24. doi:10.1080/04416651.1973.9650652.
  4. ^ a b "One Extinct Turtle Less: Turtle Species in the Seychelles Never Existed". Science Daily. Dicapai April 4, 2013.
  5. ^ Stuckas, Heiko; Gemel, Richard; Fritz, Uwe; Canestrelli, Daniele (April 3, 2013). "One Extinct Turtle Species Less: Pelusios seychellensis Is Not Extinct, It Never Existed". PLoS ONE. 8 (4): e57116. doi:10.1371/journal.pone.0057116. PMC 3616038Boleh dicapai secara percuma. PMID 23573185. Dicapai April 4, 2013.
  6. ^ Lemell, P.; Weisgram, J. (1996). "Feeding Patterns of Pelusios castaneus (Chelonia: Pleurodira)". Netherlands Journal of Zoology. 47 (4): 429–. doi:10.1163/156854297X00102.

Bibliografi

Pautan luar

Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Pelusios castaneus
license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Pelusios castaneus: Brief Summary ( Malay )

provided by wikipedia MS

Pelusios castaneus juga dikenali sebagai Kura-kura Lumpur Barat Afrika ialah spesies kura-kura dari keluarga Pelomedusidae. Menjadikan kawasan berair sebagai habitat, berasal dari Afrika Barat dan Afrika Tengah.

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS