dcsimg

Anjing rakun ( Malay )

provided by wikipedia MS
"Neoguri" dilencongkan ke sini. Untuk siklon tropikal, sila lihat Taufan Neoguri (2008).

Anjing rakun (Nyctereutes procyonoides, daripada perkataan bahasa Yunani nukt-, "malam" + ereutēs, "perayau" + prokuōn, "sebelum anjing, praanjing" [tetapi dalam bahasa Latin Baru digunakan untuk memaksudkan "rakun"] + -oidēs, "-oid"), juga dikenali sebagai magnut[2] atau tanuki, ialah sejenis canid yang asli di Asia Timur. Ia merupakan satu-satu spesies ekstan dalam genus Nyctereutes. Ia dianggap sebagai spesies canid basal, menyerupai bentuk leluhur bagi keluarga. Sesama Canidae, anjing rakun mengongsi tabiat kerap memanjat pokok hanya dengan rubah kelabu Amerika Utara, satu lagi spesies basal.[3][4][5] Anjing rakun dinamai sempena keserupaannya dengan rakun (Procyon lotor), yang dengannya anjing rakun tidak berkait rapat.

Populasi anjing rakun Asia Timur asli telah menurun pada tahun-tahun terkini kerana perburuan, perdagangan bulu, pembandaran, peningkatan haiwan berkaitan dengan tamadun manusia seperti haiwan peliharaaan dan haiwan terbiar, dan penyakit yang boleh ditularkan sesama haiwan-haiwan ini.[petikan diperlukan] Ikutan pengenalannya ke Eropah tengah dan ke Eropah barat, walau bagaimanapun, ia telah dianggap sebagai spesies invasif yang berpotensi berbahaya.[6]

"Rakun Asia, sungguhpun bukan nama am yang diterima dalam kegunaan oleh komuniti sains, ialah nama yang diperoleh di bawah undang-undang persekutuan dalam pengiklanan dan pelabelan pakaian yang diperbuat daripada anjing rakun" di Amerika Syarikat.[7]

Rujukan

  1. ^ Kauhala, K. & Saeki, M. (2008). Nyctereutes procyonoides. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 22 Mac 2009. Entri pangkalan data termasuk justifikasi untuk sebab spesies ini berisiko rendah
  2. ^
  3. ^
  4. ^ Ikeda, Hiroshi (Ogos 1986). "Old dogs, new tricks: Asia's raccoon dog, a venerable member of the canid family is pushing into new frontiers". Natural History. 95 (8): 40,44.
  5. ^ Raccoon dog – Nyctereutes procyonoides. WAZA – Persatuan Zoo dan Akuarium Sedunia.
  6. ^ Sweden says open season on raccoon dogs. UPI.com (4 September 2009). Dicapai pada 27 Januari 2011.
  7. ^ Investigation Shows Raccoon Dog Most Misrepresented Fur in America

Pautan luar

Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Anjing rakun Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Nyctereutes procyonoides
license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Anjing rakun: Brief Summary ( Malay )

provided by wikipedia MS
"Neoguri" dilencongkan ke sini. Untuk siklon tropikal, sila lihat Taufan Neoguri (2008).

Anjing rakun (Nyctereutes procyonoides, daripada perkataan bahasa Yunani nukt-, "malam" + ereutēs, "perayau" + prokuōn, "sebelum anjing, praanjing" [tetapi dalam bahasa Latin Baru digunakan untuk memaksudkan "rakun"] + -oidēs, "-oid"), juga dikenali sebagai magnut atau tanuki, ialah sejenis canid yang asli di Asia Timur. Ia merupakan satu-satu spesies ekstan dalam genus Nyctereutes. Ia dianggap sebagai spesies canid basal, menyerupai bentuk leluhur bagi keluarga. Sesama Canidae, anjing rakun mengongsi tabiat kerap memanjat pokok hanya dengan rubah kelabu Amerika Utara, satu lagi spesies basal. Anjing rakun dinamai sempena keserupaannya dengan rakun (Procyon lotor), yang dengannya anjing rakun tidak berkait rapat.

Populasi anjing rakun Asia Timur asli telah menurun pada tahun-tahun terkini kerana perburuan, perdagangan bulu, pembandaran, peningkatan haiwan berkaitan dengan tamadun manusia seperti haiwan peliharaaan dan haiwan terbiar, dan penyakit yang boleh ditularkan sesama haiwan-haiwan ini.[petikan diperlukan] Ikutan pengenalannya ke Eropah tengah dan ke Eropah barat, walau bagaimanapun, ia telah dianggap sebagai spesies invasif yang berpotensi berbahaya.

"Rakun Asia, sungguhpun bukan nama am yang diterima dalam kegunaan oleh komuniti sains, ialah nama yang diperoleh di bawah undang-undang persekutuan dalam pengiklanan dan pelabelan pakaian yang diperbuat daripada anjing rakun" di Amerika Syarikat.

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS