dcsimg

Galah ( Malaio )

fornecido por wikipedia MS
Rencana ini ialah mengenai spesies burung. Untuk tempat di Australia, sila lihat Galah, Victoria.

Galah, Eolophus roseicapilla, juga dikenali sebagai Kakaktua Dada Ros, Kakaktua Galah, Kakaktua Roseate atau Merah Jambu dan Kelabu, adalah salah satu burung kakaktua yang biasa ditemui dan paling meluas populasinya di tanah besar Australia.

Galah berasal dari tanah besar Australia sebelum dibawa masuk ke Tasmania,[1] di mana warna bulu merah jambu dan kelabu yang terang serta kemampuannya untuk membuat bunyi yang kuat merupakan pemandangan yang biasa di belukar dan kini merebak ke kawasan bandar. Ia seolah-olah mendapat manfaat daripada perubahan landskap sejak penjajahan orang Eropah dan mungkin akan menggantikan Kakaktua Mejar Mitchell di sebahagian kawasan taburannya.

Istilah galah terbit daripada perkataan gilaa, sebuah perkataan daripada bahasa Yuwaalaraay dan bahasa-bahasa orang asli yang berhampiran.[2]

Perincian

 src=
Seekor E. r. roseicapillus di atas pokok wattle (Acacia saligna). Perth, Australia Barat.

Galah bersaiz sekitar 35 sm (14 in) panjang dan mempunyai berat 270–350 g. Ia mempunyai warna bulu kelabu cair ke sederhana kelabu di bahagian belakang, kelabu cair di bonggol, merah jambu pada muka dan dada, dan merah jambu cair pada jambul. Paruhnya dan cincin matanya berwarna seperti warna tulang. Kakinya pula berwarna kelabu. Penampilan luar bagi burung betina dan jantan adalah sama. Walau bagaimanapun, jantina bagi burung dewasa boleh dikenali berdasarkan warna anak mata; yang jantan mempunyai anak mata berwarna kelabu gelap (hampir hitam) manakala yang betina pula mempunyai anak mata berwarna merah. [3]

Rujukan

  1. ^ Department of Primary Industries, Parks, Water and Environment
  2. ^ Dixon et al. (2006): p. 84.
  3. ^ Forshaw (2006). plate 3."
  • Brown, D.M. & Toft, C.A. (1999): Molecular systematics and biogeography of the cockatoos (Psittaciformes: Cacatuidae). Auk 116(1): 141–157.
  • Flegg, Jim (2002): Photographic Field Guide: Birds of Australia. Reed New Holland, Sydney & London. ISBN 1-876334-78-9
  • Forshaw, Joseph M. & Cooper, William T. (2002): Australian Parrots (3rd ed.). Alexander Editions. ISBN 0-9581212-0-6
  • Frith, Harold James & Watts, Betty Temple (1984): Birds in the Australian High Country. Angus & Robertson, London. ISBN 0-207-14464-8

Petikan teks

Pautan luar

Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Galah. Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Galah
licença
cc-by-sa-3.0
direitos autorais
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visite a fonte
site do parceiro
wikipedia MS

Galah: Brief Summary ( Malaio )

fornecido por wikipedia MS
Rencana ini ialah mengenai spesies burung. Untuk tempat di Australia, sila lihat Galah, Victoria.

Galah, Eolophus roseicapilla, juga dikenali sebagai Kakaktua Dada Ros, Kakaktua Galah, Kakaktua Roseate atau Merah Jambu dan Kelabu, adalah salah satu burung kakaktua yang biasa ditemui dan paling meluas populasinya di tanah besar Australia.

Galah berasal dari tanah besar Australia sebelum dibawa masuk ke Tasmania, di mana warna bulu merah jambu dan kelabu yang terang serta kemampuannya untuk membuat bunyi yang kuat merupakan pemandangan yang biasa di belukar dan kini merebak ke kawasan bandar. Ia seolah-olah mendapat manfaat daripada perubahan landskap sejak penjajahan orang Eropah dan mungkin akan menggantikan Kakaktua Mejar Mitchell di sebahagian kawasan taburannya.

Istilah galah terbit daripada perkataan gilaa, sebuah perkataan daripada bahasa Yuwaalaraay dan bahasa-bahasa orang asli yang berhampiran.

licença
cc-by-sa-3.0
direitos autorais
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visite a fonte
site do parceiro
wikipedia MS