dcsimg

Aniliidae ( Malay )

provided by wikipedia MS

Aniliidae atau ular karang palsu ialah sebuah keluarga monotip[2] yang diwujudkan untuk genus monotip Anilius[3] yang mengandungi spesies A. scytale[4] yang ditemui di Amerika Selatan. Ular ini memiliki vestij girdel pelvis yang kelihatan sebagai sepasang taji kloaka. Ular ini melahirkan anak dari telur yang disimpan dalam tubuh. Makanannya terdiri khusus daripada amfibia dan lain-lain reptilia. Ada dua subspesies yang telah dikenalpasti setakat ini termasuk bentuk tipikal yang diperikan di sini.[4]

Keterangan

Spesies ini ditemui di kawasan Amazon di Amerika Selatan, Guiana dan Trinidad dan Tobago. Ia merupakan ular bersaiz sederhana yang mencapai panjangnya sekitar 70 cm (27 inci). Ia dilaporkan melahirkan anak sendiri dan memakan kumbang, sesilia (amfibia pengorek tanah), amfisbenid (cicak tanap kaki), ular kecil, ikan, dan katak. Badannya berbentuk silinder dengan diameter yang sekata dan berjalur merah hitam terang-terang; ekornya pula sangat pendek. Ia juga mempunyai mata-mata halus di bawah sisik kepala yang besar. Ular ini dianggap sebagai ular yang paling menyerupai keadaan ular purba yang asal, disebabkan beberapa faktor antaranya ciri tengkoraknya yang seakan biawak.[5]

Subspesies

Subspesies[4] Pengarang takson[4] Nama am Taburan geografi A. s. phelpsorum Roze, 1958 A. s. scytale (Linnaeus, 1758)

Rujukan

  1. ^ a b c McDiarmid RW, Campbell JA, Touré T. 1999. Snake Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference, vol. 1. Herpetologists' League. 511 pp. ISBN 1-893777-00-6 (series). ISBN 1-893777-01-4 (volume).
  2. ^
  3. ^ "Anilius". Integrated Taxonomic Information System. Dicapai 14 August 2007.
  4. ^ a b c d "Anilius scytale". Integrated Taxonomic Information System. Dicapai 14 August 2007.
  5. ^ Evolution – snake

Bacaan lanjut

  • Boos HEA. 2001. The snakes of Trinidad and Tobago. Texas A&M University Press, College Station, Texas. ISBN 1-58544-116-3.
  • Martins M, Oliveira ME. 1999. Natural history of snakes in forests of the Manaus region, Central Amazonia, Brazil. Herpetological Natural History 6: 78-150. PDF.

Pautan luar

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Aniliidae: Brief Summary ( Malay )

provided by wikipedia MS

Aniliidae atau ular karang palsu ialah sebuah keluarga monotip yang diwujudkan untuk genus monotip Anilius yang mengandungi spesies A. scytale yang ditemui di Amerika Selatan. Ular ini memiliki vestij girdel pelvis yang kelihatan sebagai sepasang taji kloaka. Ular ini melahirkan anak dari telur yang disimpan dalam tubuh. Makanannya terdiri khusus daripada amfibia dan lain-lain reptilia. Ada dua subspesies yang telah dikenalpasti setakat ini termasuk bentuk tipikal yang diperikan di sini.

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS