dcsimg

Pokok Agutud ( Malay )

provided by wikipedia MS


Pokok Agutud merupakan sejenis spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga borage, Boraginaceae, yang merupakan tumbuhan tempatan di Afrika Timur, Asia Selatan, Asia Tenggara, Australia Utara dan Kepulauan Pasifik.[2] Tumbuhan ini dikenali dengan pelbagai nama termasuk Mareer, kayu Minyak gas, Manjak, Snottygobbles, Glueberry, "Kanawa," Tou, dan Kou. Ia terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Cordia subcordata. [3]


Gambaran

Pokok Agutud ("C. subcordata") tumbuh sehingga 7–10 m (23–33 ka) apabila matang, tetapi boleh setinggi 15 m (49 ka). Ia memiliki daun yang sepanjang 8–20 cm (3.1–7.9 in) dan 5–13 cm (2.0–5.1 in) lebar.[4]

Bunga

Bunga tiub bagi pokok Agutud (C. subcordata) memiliki ukurlilit 2.5–4 cm (0.98–1.57 in) dan membentuk Jambak bunga ("Inflorescence") atau bulir.[4] Rangginya kuning bata dan sepal adalah hijau pucat. Bunga kembang sepanjang tahun, tetapi kebanyakan bunga dihasilkan apda musim bunga.[5]

Buah

Pokok AgutudC. subcordata menghasilkan buah sepanjang tahun. Ia berbentuk spherikal, sepanjang 2–3 cm (0.79–1.18 in) dan berkayu apabila matang. Setiap buah mengandungi empat atau kurang biji benih sepanjang 10–13 mm (0.39–0.51 in). Buahnya timbul dan mungkin hanyut jarak jauh oleh arus lautan.[4]

Habitat

Pokok Agutud (C. subcordata) merupakan pokok persisiran, terdapat pada ketinggian aras laut sehingga 30 m (98 ka), tetapi mungkin tumbuh sehingga 150 m (490 ka). Ia tumbuh di kawasan yang menerima 1,000–4,000 mm (39–157 in) dari hujan tahunan. Pokok Agutud C. subcordata cenderung kekal neutral pada tanah beralkali (pH dekitar 6.1 hingga 7.4), seperti yang berasal dari basalt, limestone, tanah liat, atau pasir. Tekstur tanah dibenarkan termasuk tanah, tanah liat berpasir, berpasir.[4]

Kegunaan

Biji benihnya telah dimakan sebagai makanan kecermasan semasa kebuluran. C. subcordata mudah terbakar, dan ini mendorong pada gelaran Pokok Minyak Gas dalam bahasa Papua New Guinea.[4] Kayu pokok ini memiliki graviti spesifik 0.45, adalah lembut, tahan, mudah dibentuk,[5] dan tahan anai-anai. Pada zaman Hawai Purba kayu kou wood digunakan bagi ʻumeke (mangkuk), utensil, dan ʻumeke lāʻau (large calabashes) kerana ia tidak memberikan rasa buruk pada makanan. ʻUmeke lāʻau adalah bekas 8–16 litre (2–4 gal) dan digunakan bagi menyimpan dan penapaian. Bunganya digunakan bagi menghasilkan lei, sementara dye bagi kain kapa dan aho (tali pancing) diambil dari daunnya.[4]

Rujukan

  1. ^ World Conservation Monitoring Centre (1998). Cordia subcordata. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 2 March 2010.
  2. ^ a b "Cordia subcordata Lam". Germplasm Resources Information Network. United States Department of Agriculture. 2005-11-09. Dicapai 2010-03-02.
  3. ^ Preferred Check-List of Sabah Trees, Third Edition, Y.F. Lee.; Natural History Publications (Borneo) Sdn Bhd (216807-X) in association with Sabah Forestry Department, Sandakan.
  4. ^ a b c d e f Friday, J. B.; Dana Okano (April 2006). "Cordia subcordata (kou)" (PDF). The Traditional Tree Initiative. Dicapai 2009-02-21.
  5. ^ a b Allen, James A. (2003-01-01). "Cordia subcordata Lam" (PDF). Tropical Tree Seed Manual. Reforestation, Nurseries & Genetics Resources. Dicapai 2009-02-24.[pautan putus]

Lihat juga


Pautan luar

 src= Kategori berkenaan Cordia subcordata di Wikimedia Commons  src= Data berkenaan Pokok Agutud di Wikispesies

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Pokok Agutud: Brief Summary ( Malay )

provided by wikipedia MS


Pokok Agutud merupakan sejenis spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga borage, Boraginaceae, yang merupakan tumbuhan tempatan di Afrika Timur, Asia Selatan, Asia Tenggara, Australia Utara dan Kepulauan Pasifik. Tumbuhan ini dikenali dengan pelbagai nama termasuk Mareer, kayu Minyak gas, Manjak, Snottygobbles, Glueberry, "Kanawa," Tou, dan Kou. Ia terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Cordia subcordata.


license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS