dcsimg
Image of sprouting broccoli
Creatures » » Plants » » Dicotyledons » » Crucifers »

Sprouting Broccoli

Brassica oleracea var. italica Plenck

Brokoli ( Malay )

provided by wikipedia MS

Brokoli atau kubis bunga hijau ialah sejenis tumbuhan yang dijadikan sebagai sayur-sayuran.

Jambak bunga dan tangkainya boleh dimakan dengan merebus atau mengukus sayur ini sehingga sederhana empuk baik dihidangkan begitu sahaja sebagai ulam lemak-lemak manis mahupun dicampurkan bersama masakan lain seperti stu, sup atau gorengan.

Ciri botani

Herba berbatang lembut sederhana besar, batang tidak berkayu. Daun tunggal, bersaiz besar, lebar, tebal, susunan berpilin, berwarna hijau tua, urat daun berwarna putih jelas kelihatan. Bunga majmuk, kecil, berwarna hijau tua ketika muda, terdapat di dalam jambak bugan yang keluar di hujung pucuk utama, tangkai bunga besar, berwarna putih kehijauan. Bunga yang mekar berwarna kuning. Buah panjang, mengandungi banyak biji benih.

Penanaman

Khasiat

Brokoli mengandungi air, diindolimetana, glukorafanin, indol-3-karbinol, karotenoid, sulforafan, karbohidrat, alkaloid, serat, kalium, zink, fosforus, magnesium, kalisum, protein, gula dan vitamin C.[perlu rujukan]

Dikatakan jika memakan brokoli dapat mempercepatkan penyembuhan penyakit dan mencegah pertumbuhan sel kanser paru-paru.[perlu rujukan] Ia juga dapat menghindarkan diri dari pelbagai penyakit termasuk penyakit barah, serangan jantung, strok dan penyakit osteoporosis bagi wanita.[perlu rujukan] Selain itu, ia boleh dijadikan sebagai awet muda dan kaya dengan antioksidan dan penyedap selera makan.

Rujukan

  1. ^ Buck, P. A. "Origin and Taxonomy of Broccoli" (PDF). Department of Food Technology, University of California. Dicapai 2009-05-14.
  2. ^ Stephens, James. "Broccoli—Brassica oleracea L. (Italica group)". University of Florida. m/s. 1. Dicapai 2009-05-14.
license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Brokoli: Brief Summary ( Malay )

provided by wikipedia MS

Brokoli atau kubis bunga hijau ialah sejenis tumbuhan yang dijadikan sebagai sayur-sayuran.

Jambak bunga dan tangkainya boleh dimakan dengan merebus atau mengukus sayur ini sehingga sederhana empuk baik dihidangkan begitu sahaja sebagai ulam lemak-lemak manis mahupun dicampurkan bersama masakan lain seperti stu, sup atau gorengan.

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS