Burung Segan Besar (bahasa Inggeris: Large Frogmouth) ialah salah satu burung hantu yang terdapat di hutan primer, serta hutan sekunder yang tumbuh semula di Semenanjung Malaysia, Sumatera, dan Borneo. Walaupun spesies ini dikelaskan sebagai hampir terancam, burung ini juga hidup di hutan bukit yang kurang terancam dan oleh itu, mempunyai peluang yang lebih baik untuk kewujudan, berbanding dengan burung-burung yang hanya hidup di dalam hutan primer. Nama sainsnya Batrachostomus auritus.
Burung Segan Besar ialah sejenis burung hantu yang bersaiz sederhana sebanyak 37 sentimeter, dengan sayap yang panjang. Bahagian atasnya kuning keperang-perangan, dengan jalur-jalur hitam dan kuning pucat, sedangkan bahagian bawahnya berwarna kuning pucat dengan jalur-jalur perang gelap. Tompok karpalnya yang hitam kelihatan ketara semasa burung ini terbang. Kakinya berwarna keputih-putihan.
Muka Burung Segan Besar mempunyai bulatan yang ketara, dengan paruh yang berwarna kelabu gelap, dan jambak "telinga" yang pendek. Matanya kuning terang, dengan gelung hitam.
Bunyi burung ini kee-aw kee-aw seakan-akan terbersin semasa dalam penerbangan.