dcsimg

Burung Siul Selanting ( Malay )

provided by wikipedia MS


Burung Siul Selanting (bahasa Inggeris: Long-billed Partridge) ialah salah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Rhizothera longirostris. [1], [2] Burung Siul Selanting memiliki saiz sekitar 36 cm (14 inci).

Taburan

Burung Siul Selanting boleh didapati di Semenanjung Malaysia di lereng Gunung Benom di Pahang, dan keselatan di Johor. Taburannya terdapat dari Myanmar (Burma), sepanjang Semenanjung Malaysia sehingga ke Sumatera.

Biasanya burung Siul Selanting hidup bersendirian atau berpasangan, seringkali didapati di lembah hutan dalam dan jurang. Biasanya bersahut berpasangan pada maghrib, selepas hujan, dan kadang kala pada waktu malam. [3]

Ciri-ciri

Burung Siul Selanting bersaiz sekitar 36 cm (14 inci). Ia merupakan burung partridge yang tegap dan perang dengan paruh besar dan panjang yang membengkok ke bawah.

Burung Siul Selanting jantan memiliku dada kelabu dan gelang pada bahagian leher. Burung betina pula memiliki dada kemerahan dan berkolar. Turut memiliki pelepah menutup telinga bewarna perang.

Pembiakan

Sebagai burung, Burung Siul Selanting membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.

Pengekalan

Burung Siul Selanting merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya.

Pautan luar


Senarai burung Burung merpati A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z
license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Burung Siul Selanting: Brief Summary ( Malay )

provided by wikipedia MS


Burung Siul Selanting (bahasa Inggeris: Long-billed Partridge) ialah salah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Rhizothera longirostris. , Burung Siul Selanting memiliki saiz sekitar 36 cm (14 inci).

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS