Burung Rapang Besar Charadrius leschenaultii, merupakan burung mengharung dalam keluarga plover yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Charadrius leschenaultii[1], [2].
Terdapat tiga spesies kecil: Spesies kecil dilantik ("Nominate subspecies"), C. l. columbinus dan C. l. scythicus. Yang terakhir diketahui adalah C. l. crassirostris sehingga ia ditentukan bahawa nama ini digunakan oleh spesies kecil Wilson's Plover, C. w. crassirostris.[3]
Burung Rapang Besar adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Rapang Besar adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Rapang Besar tidak bergigi.
Makanannya terdiri daripada serangga, krustakean dan cacing annelid, yang ditangkap melalui teknik lari dan berhenti seketika, berbanding pencarian sekata oleh kumpulan menharung yang lain.
Burung Rapang Besar membiak di separa gurun di Turki dan ketimur melalui Asia Tengah. Ia bersarang di atas tanah. Burung Rapang Besar kuat berhijrah, menghabiskan musim sejuk di pantai berpasir di Afrika timur, Asia selatan dan Australasia. Ia jarang mengembara di Eropah barat, di mana ia direkodkan sejauh ke barat sehingga ke Great Britain, Perancis dan Iceland. Ia telah dilihat dua kali di Hemisfera Barat, terakhir pada 14 May 2009, di Jacksonville, Florida.[4]
Shorebirds by Hayman, Marchant and Prater ISBN 0-7099-2034-2
Burung Rapang Besar Charadrius leschenaultii, merupakan burung mengharung dalam keluarga plover yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Charadrius leschenaultii, .
Terdapat tiga spesies kecil: Spesies kecil dilantik ("Nominate subspecies"), C. l. columbinus dan C. l. scythicus. Yang terakhir diketahui adalah C. l. crassirostris sehingga ia ditentukan bahawa nama ini digunakan oleh spesies kecil Wilson's Plover, C. w. crassirostris.