Musang kesturi atau musang jebat (Viverra zibetha) ialah sejenis musang yang berasal dari Asia Tenggara dan Selatan. Ia disenaraikan sebagai hampir terancam oleh IUCN sejak 2008, terutamanya kerana kemerosotan jumlah akibat penjeratan dan pemburuan, terutamanya di China, dan perdagangan sebagai daging liar.[1]
Nama spesies durian durio zibethinus merujuk kepada haiwan ini Viverra zibetha[2]. Terdapat perselisihan sama ada nama ini merujuk kepada sifat musang ini yang sangat sukakan durian sehingga buah ini digunakan sebagai umpan menangkapnya, atau kepada bau durian yang seperti bau musang kesturi.[3]
Musang kesturi atau musang jebat (Viverra zibetha) ialah sejenis musang yang berasal dari Asia Tenggara dan Selatan. Ia disenaraikan sebagai hampir terancam oleh IUCN sejak 2008, terutamanya kerana kemerosotan jumlah akibat penjeratan dan pemburuan, terutamanya di China, dan perdagangan sebagai daging liar.
Nama spesies durian durio zibethinus merujuk kepada haiwan ini Viverra zibetha. Terdapat perselisihan sama ada nama ini merujuk kepada sifat musang ini yang sangat sukakan durian sehingga buah ini digunakan sebagai umpan menangkapnya, atau kepada bau durian yang seperti bau musang kesturi.