dcsimg

Serigala Habsyah ( Malay )

provided by wikipedia MS
"Jakal merah" dilencongkan ke sini. Untuk kegunaan lain, sila lihat Jakal merah (nyahkekaburan).

Serigala Habsyah (Canis simensis) ialah canid asli di Tanah Tinggi Habsyah. Ia menyerupai koyote dari segi saiz dan binaan, dan dibezakan dengan tengkorak panjang dan kurang lebar, dan bulunya yang merah dan putih.[3] Tidak seperti kebanyakan canid besar, yang tersebar luas, penyuap juruam, serigala Habsyah ialah penyuap sangat khusus rodensia Afroalp dengan keperluan habitat sangat tertentu.[4] Ia merupakan canid terjarang di dunia, dan karnivor paling terancam di Afrika.[5]

Wilayah semasa spesies ini terhad kepada tujuh buah pergunungan terpencil pada paras ketinggian 3,000–4,500 m, dengan populasi dewasa keseluruhan dianggarkan pada sebanyak 360-440 ekor individu pada 2011, melebihi separuh daripadanya di Pergunungan Bale.[2]

Serigala Habsyah tersenarai sebagai Terancam oleh IUCN, terkira bilangan kecilnya dan julat berpecah-pecah. Ancaman termasuk tekanan meningkat daripada populasi manusia yang membesar, menyebabkan degradasi habitat melalui peragutan lampau dan perpindahan penyakit daripada anjing bebas merantau. Pemuliharaannya diketuai oleh Program Pemuliharaan Serigala Habsyah (EWCP) Universiti Oxford, yang mahu melindungi serigala melalui pemvaksinan dan program luar capaian komuniti.[2]

Nota

Rujukan

  1. ^ Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M. Mammal Species of the World (edisi 3rd). Johns Hopkins University Press. m/s. 532–628. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.
  2. ^ a b c Marino, J. & Sillero-Zubiri, C. (2011). Canis simensis. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 18 Januari 2012. Masukan pangkalan data termasuk justifikasi panjang tentang sebab spesies ini terancam
  3. ^ Sillero-Zubiri, C., and D. Gottelli (1994). Canis simensis. Mammalian Species 385: 1-6.
  4. ^
  5. ^

Bibliografi

Bacaan lanjut

Pautan luar

Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Canis simensis Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Serigala Habsyah
license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Serigala Habsyah: Brief Summary ( Malay )

provided by wikipedia MS
"Jakal merah" dilencongkan ke sini. Untuk kegunaan lain, sila lihat Jakal merah (nyahkekaburan).

Serigala Habsyah (Canis simensis) ialah canid asli di Tanah Tinggi Habsyah. Ia menyerupai koyote dari segi saiz dan binaan, dan dibezakan dengan tengkorak panjang dan kurang lebar, dan bulunya yang merah dan putih. Tidak seperti kebanyakan canid besar, yang tersebar luas, penyuap juruam, serigala Habsyah ialah penyuap sangat khusus rodensia Afroalp dengan keperluan habitat sangat tertentu. Ia merupakan canid terjarang di dunia, dan karnivor paling terancam di Afrika.

Wilayah semasa spesies ini terhad kepada tujuh buah pergunungan terpencil pada paras ketinggian 3,000–4,500 m, dengan populasi dewasa keseluruhan dianggarkan pada sebanyak 360-440 ekor individu pada 2011, melebihi separuh daripadanya di Pergunungan Bale.

Serigala Habsyah tersenarai sebagai Terancam oleh IUCN, terkira bilangan kecilnya dan julat berpecah-pecah. Ancaman termasuk tekanan meningkat daripada populasi manusia yang membesar, menyebabkan degradasi habitat melalui peragutan lampau dan perpindahan penyakit daripada anjing bebas merantau. Pemuliharaannya diketuai oleh Program Pemuliharaan Serigala Habsyah (EWCP) Universiti Oxford, yang mahu melindungi serigala melalui pemvaksinan dan program luar capaian komuniti.

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS