dcsimg

Bunolagus monticularis ( Malay )

provided by wikipedia MS

Arnab Bushman (Bunolagus monticularis) atau arnab sungai merupakan salah satu spesies mamalia yang paling jarang dan paling terancam di dunia, dengan jumlahnya mungkin tidak lebih 200 ekor sahaja. Arnab ini sangat terhad kawasan taburannya, kerana ia hanya ditemui di kawasan tengah dan selatan Gurun Karoo di Wilayah Tanjung, Afrika Selatan. Ia merupakan satu-satunya ahli genus Bunolagus.

Ciri fizikal

Arnab Bushman biasanya ada sebatang jalur hitam yang menganjur dari sudut mulut merentangi pipi. Ekornya berbulu lebat dan berwarna perang muda (dengan sedikit hitam pada hujungnya), perut dan lehernya berwarna krim, dan kaki belakangnya lebar bagai belantan. Ia merupakan spesies yang berjaga pada waktu malam.

Tabiat

Arnab sungai menjamu selera dengan makanan kegemarannya, iaitu pokok rimbun boegoe pada waktu malam, dan tidur dalam sarang pada waktu siang. Sarang arnab ini merupakan geseran cetek pada tanih di bawah pokok rimbun. Arnab ini mengumuhkan dua jenis tahi. Pada waktu malam, apabila arnab menjadi aktif, ia mengeluarkan bijian keras. Pada waktu siang, tahinya menjadi lembut, diambil terus dari dubur lalu ditelan. Beginilah arnab Bushman memperoleh vitamin B yang dihasilkan oleh bakteria dalam usus belakang, serta zat-zat galian seperti kalsium dan fosforus jadi dikitar semula.

Rujukan

  1. ^ Collins et al. (2003). Bunolagus monticularis. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2006. IUCN 2006. www.iucnredlist.org. Dicapai pada 2006-05-11. Entri pangkalan data disertakan sebab spesies ini terancam teruk

Pautan luar

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Bunolagus monticularis: Brief Summary ( Malay )