Pokok Tampoi ialah pokok buah-buahan subtingkat hutan hujan tropika yang kecil yang juga pokok asli di Asia Tenggara, khususnya di Borneo.
Pokok Tampoi tergolong dalam spesies diesius, iaitu pokok ini hanya dapat menghasilkan sejenis gamet tunggal. Pokok betinanya menghasilkan buah terus pada batang dan cabang besar. Buahnya besar, dengan kulit yang berwarna jingga dan isi yang berwarna putih. Rasanya masam seolah-olah buah limau tangerin. Bergantung kepada keadaan, buahnya melitupi batang pokok dengan indah seperti dengan banyak spesies Fikus. Nama saintifiknya Baccaurea macrocarpa
Buah Pokok Tampoi juga dikenali dengan nama buah larah di Hilir Perak. Banyak ditanam di Sungai Lui, Hulu Langat dan di Johol, Negeri Sembilan serta di Johor. Bagaimanapun, buah ini tidak begitu popular berbanding dengan durian, dokong atau rambutan. Banyak yang tidak pernah makan buah tampoi dan tidak tahu namanya.