Geli-geli, gali-gali, atau nyambing merupakan sejenis tumbuhan herba. Pucuk mudanya boleh dibuat ulam dengan merebuskannya dan dicecah bersama sambal belacan, budu, cencalok atau cecahan yang lain. Rasanya lemak, sedap seakan-akan rasa asparagus. Perhatian perlu diberikan kerana daun geli-geli mengandungi sedikit toksik dan perlu direbus sehingga masak dahulu jika ingin dimakan dan tidak boleh dimakan mentah.
Ia ialah tumbuhan renek kecil setinggi 50-75 cm. Batangnya lembut pendek, menumpang tangkai daun yang panjang, berduri kecil. Daun tunggal, bertangkai panjang, bercarik ke dalam, membentuk 4-8 pasang cuping yang tirus serta panjang. Cuping paling bawah melentok ke bawah. Tangkai daun dan urat di permukaan bawah daun berduri keras.
Bunga-bunga pokok ini kecil muncul berjambak pada pangkal pokok. Seludang jambak tersebutberwarna hijau di luar dan berwarna ungu keperangan di sebelah dalam.
Buah berwarna hijau, tersusun rapat pada jambak buah.
Daun geli-geli mengandungi air, karbohidrat, serat, alkaloid, mineral, musilaj, protein, kalsium, kalium, zink, ferum dan vitamin.[perlu rujukan]
Ia dikatakan dapat merawat sakit perut, sembelit, buasir, gout, sakit pinggang, air pelut tidak lawas, dan rawatan selepas bersalin.[perlu rujukan]