Chrysopogon zizanioides, atau Narwastu (daripada Tamil: வெட்டிவேர் veṭṭivēr), juga dikenali juga sebagai sanbal (daripada Parsi) adalah sejenis rumput rumpun saka daripada keluarga Poaceae yang berasal dari India.
Narwastu adalah hampir sama dengan betari tetapi berkongsi banyak ciri morfologi dengan rumput wangi lain seperti serai (Cymbopogon citratus), serai wangi (Cymbopogon nardus, C. winterianus), dan palmarosa (Cymbopogon martinii).
Narwastu tumbuh setinggi 150 sentimeter (5 ka) dan membesar secara melebar. Jika keadaan sesuai, kulma yang menegak dapat mencapai ketinggian 3m. Batangnya tinggi dan daunnya panjang, nipis, dan agak tegar. Bunga-bunganya berwarna ungu. Tidak seperti rumput, yang menyebar secara mendatar, akar narwastu tumbuh ke bawah, 2 meter (7 ka) hingga 4 meter (13 ka) dalamnya.
Narwastu selalunya tumbuh secara berumpun, iaitu ia suka membiak secara berkelompok. Tunas pula tumbuh daripada perdu (pangkal pokok) yang berada di bawah tanah, melindungi tumbuhan daripada ibun dan kebakaran, dan membolehkannya untuk kekal hidup setelah diragut haiwan seperti kambing. Daunnya boleh mencecah panjang 300 sentimeter (10 ka) dan 8 milimeter (0.3 in) lebar. Gugusan bunga mempunyai panjang antara 15 sentimeter (6 in) hingga 30 sentimeter (12 in) manakala batangnya yang berpusar 25 milimeter (1 in) hingga 50 milimeter (2 in) panjang. Spikeletnya duduk berpasangan, dan mempunyai tiga stamen.
Batang tumbuhan adalah tegak dan kaku. Mereka boleh bertahan dalam air dalam. Dalam air jernih, tumbuhan ini boleh bertahan selama dua bulan.
Sistem akar narwastu berstruktur halus dan sangat kuat. Ia boleh tumbuh sedalam 3 meter (10 ka) hingga 4 meter (13 ka) dalam setahun umurnya. Narwastu tidak mempunyai batang rayap mahupun rizom. Kerana semua ciri-ciri ini, pokok narwastu dapat tahan kemarau dan dapat membantu melindungi tanah daripada hakisan bambang. Sekiranya pemendapan berlaku, akar-akar baru boleh tumbuh daripada buku yang terkambus.
Walaupun ia berasal dari India, C. zizanioides ditanam meluas di kawasan tropika. Pengeluar narwastu terutama termasuklah Haiti, India, Indonesia, dan Réunion.
Genotip narwastu komersil yang paling lazim digunakan adalah steril (tidak menghasilkan benih subur), dan oleh kerana narwastu membiak sendiri dengan anak kecil dan bukan batang rayap, genotip ini adalah tidak invasif dan mudah dikendalikan dengan membuang anaknya di luar kawasan penanaman. Walau bagaimanapun, penjagaan mesti diambil, kerana genotip narwastu subur telah kini menjadi invasif.
Hampir kesemua narwastu di dunia dibiak tampang, biokejuruteraan telah menunjukkan kultigen mereka sebagai tidak subur dengan menggunakan pemprofilan DNA. Di Amerika Syarikat, kultivar ini dinamakan 'Sunshine', sempena nama bandar Sunshine, Louisiana.
Narwastu digunakan untuk pelbagai benda. Ia dapat membantu menstabilkan tanah dan melindunginya daripada hakisan, tetapi ia juga boleh melindungi ladang daripada perosak dan rumpai. Narwastu mempunyai ciri-ciri yang bagus sebagai makanan ternakan. Daripada akarnya, minyak diekstrak dan digunakan untuk bahan kosmetik, aromaterapi, penjagaan kulit herba dan sabun perubatan ayurveda. Oleh kerana sifatnya yang berserat, tumbuhan ini juga boleh digunakan untuk kraf tangan, tali dan banyak lagi.
Veldkamp, J. F. (1999). "A revision of Chrysopogon Trin., including Vetiveria Bory (Poaceae) in Thailand and Malesia with notes on some other species from Africa and Australia". Austrobaileya. 5: 522–523.
Chrysopogon zizanioides, atau Narwastu (daripada Tamil: வெட்டிவேர் veṭṭivēr), juga dikenali juga sebagai sanbal (daripada Parsi) adalah sejenis rumput rumpun saka daripada keluarga Poaceae yang berasal dari India.
Narwastu adalah hampir sama dengan betari tetapi berkongsi banyak ciri morfologi dengan rumput wangi lain seperti serai (Cymbopogon citratus), serai wangi (Cymbopogon nardus, C. winterianus), dan palmarosa (Cymbopogon martinii).