dcsimg

Elseya branderhorsti ( Malaio )

fornecido por wikipedia MS

Elseya branderhorsti juga dinkenali sebagai Kura-kura Sentap Branderhorst ialah spesies kura-kura dari keluarga Chelidae. Spesies ini ditemui di Papua Barat Indonesia dan Provinsi Barat, Papua New Guinea. Sehingga kini spesies ini masih lagi sulit dikategorikan kerana kesukaran mengenalpasti holotipnya dengan spesies-spesies serupa yang lain.[3] E. branderhorsti kini disenaraikan sebagai spesies terjejas oleh IUCN RedList disebabkan perdagangan haiwan eksotik di Asia.[4]

Etimologi

Nama spesies, branderhorsti, diambil sempena nama pakar perubatan Belanda, Bastiaan Branderhorst (lahir 1880).[5]

Ciri-ciri

Elseya branderhorsti ialah kura-kura sungai besar yang berbeza berbanding Elseya rhodini, kerana tidak memiliki skut servik; dan mempunyai batas alveolar.[3] Kura-kura dewasa mempunyai cangkerang yang besar, bujur, dan saiz melebihi 400 mm (16 inci), karapasnya berwarna coklat gelap dan plastronnya pula berwarna krim.[3] Iris matanya unik dan berbeza berbanding kura-kura lain dari genus yang sama.

Rujukan

  1. ^ Ouwens PA (1914). "List of Dutch East Indian Chelonians in the Buitenzong Zoological Museum". Contributions a la Faune des Indes Néerlandaises 1: 29-32. (Emydura branderhorsti, new species, p. 31).
  2. ^ Fritz, Uwe; Havaš, Peter. (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 328. ISSN 1864-5755. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 2010-12-17. Dicapai 29 May 2012.
  3. ^ a b c d Thomson, Scott; Amepou, Yolarnie; Anamiato, Jim; Georges, Arthur (2015). "A new species and subgenus of Elseya (Testudines: Pleurodira: Chelidae) from New Guinea". Zootaxa 4006 (1): 59-82. (Elseya rhodini, new species, p. 69). Preview (PDF)
  4. ^ Asian Turtle Trade Working Group (2000). Elseya branderhorsti. 2006 IUCN Red List of Threatened Species. Diarkibkan June 27, 2014, di Wayback Machine. Downloaded on 29 July 2007.
  5. ^ Beolens, Bo; Watkins, Michael; Grayson, Michael (2011). The Eponym Dictionary of Reptiles. Baltimore: Johns Hopkins University Press. xiii + 296 pp. ISBN 978-1-4214-0135-5. (Elseya branderhorsti, p. 37).
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Elseya branderhorsti


licença
cc-by-sa-3.0
direitos autorais
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visite a fonte
site do parceiro
wikipedia MS

Elseya branderhorsti: Brief Summary ( Malaio )

fornecido por wikipedia MS

Elseya branderhorsti juga dinkenali sebagai Kura-kura Sentap Branderhorst ialah spesies kura-kura dari keluarga Chelidae. Spesies ini ditemui di Papua Barat Indonesia dan Provinsi Barat, Papua New Guinea. Sehingga kini spesies ini masih lagi sulit dikategorikan kerana kesukaran mengenalpasti holotipnya dengan spesies-spesies serupa yang lain. E. branderhorsti kini disenaraikan sebagai spesies terjejas oleh IUCN RedList disebabkan perdagangan haiwan eksotik di Asia.

licença
cc-by-sa-3.0
direitos autorais
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visite a fonte
site do parceiro
wikipedia MS