dcsimg
Image of Spiderwisp
Creatures » » Plants » » Dicotyledons » » Cleomella »

Spiderwisp

Gynandropsis gynandra (L.) Briq.

Pokok Maman ( Malay )

provided by wikipedia MS

Pokok Maman atau nama sainsnya Cleome gynandra adalah sejenis sayuran yang ditanam secara meluas terutama di Terengganu dan Negeri Sembilan, Malaysia. Ia juga ditanam sebagai sayuran di kawasan tertentu di Asia dan Afrika.

Malah dikatakan nama Kemaman adalah dari nama maman. Di Negeri Sembilan, di antara kawasan tanaman utama maman adalah di Gemencheh. Kawasan ini termasuklah Kg Sri Asahan, Pekan Gemencheh , Kg Gedok, Sg Dua, Gemencheh lama, Kg. Sungai Kepong higga ke kg Sg Salah, termasuk juga Gugusan Felda Rokan.

Jenis

Terdapat beberapa jenis pokok maman, diantaraya maman berbunga ungu dan maman berbunga kuning. Dikenalpasti terdapat juga pokok maman hantu yang dijumpai di Seberang Jaya, Pulau Pinang.[1]

Ciri

Pohon pokok maman ini boleh tumbuh mencapai ketinggian sehingga 1 meter. Ia tumbuh secara menegak dan mempunyai batang dan ranting-ranting yang berbulu atau berambut. Bentuk daun pokok maman ini mempunyai 5 helai daun membentuk satu kelompok. Manakala, pada bahagian pucuknya terdapat tiga helai dan daunnya yang lebih kecil, ia boleh dilihat pada berhampiran bunga pokok maman.

Bentuk buah pokok maman ini seperti kapsul bulat dan kepanjangannya adalah diantara 2 hingga 11 sentimeter (cm), dan garis pusat buah maman dalam ukuran 3-6 milimeter (mm).

Permakanan

Maman boleh dilakukan secara pemasakan sup atau dibuat sayur. Maman dikatakan sangat pahit rasanya, dan bagi menghilang rasa pahit daunnya, proses penjerukkan boleh dilaku. Di Afrika, yaitu dikawasan barat dan timur, daun maman ini diproses dijadikan sos atau bahan pencecah. Juga, daun maman boleh dilakukan sebagai acar (melalui proses penjerukkan dengan campuran garam).

Bagi masyarakat Gemencheh, Malaysia, maman merupakan satu sayuran yang dimasak bersama dengan ayam, daging atau pun ikan bilis.Rendang maman boleh dikatakan satu juadah kemestian pada setiap hari raya.

Rendang maman ini boleh dimakan bersama nasi, ketupat, lemang atau pun nasi himpit. Rendang maman ini memerlukan santan yang banyak, cili api yang secukupnya dan juga asam keping untuk menghilangkan rasa pahit maman.

Khasiat

Perubatan

Daun dan biji maman, digosok pada kulit secara terus, boleh menyebabkan berlakunya kulit melecur dan radang.[2]

Biji maman (guna sedikit saja), jika ditumbuk lumat dan kemudiannya ditelan, dapat mengeluarkan angin. Penggunaan berlebihan, boleh mengakibatkan angin dalam perut. Sekiranya, ia direbus, air rebusan biji ini boleh dijadikan ubatan luaran bagi merawat buasir dan reumatisme. Air rebusan tersebut, boleh diminum bagi merawat gonorea dan cirit-birit (berlendir atau berdarah). Ekstrak biji pokok maman boleh dijadikan racun serangga.

Daun maman yang dihancur dan disapu atau digosok, diletakkan pada bahagian belakang pinggang boleh menghilangkan rasa sakitnya. Selain itu, ia boleh digosok pada kulit yang gatal-gatal, pada reumatisme dan pada kepala (bagi menghilang sakit kepala). Sekiranya daun ini direbus, ia boleh diminum bagi melawaskan penghadaman, bagi melincinkan kahak, dan juga penawar bagi penyakit hati dan hempedu.

Akar pokok maman dapat membangkitkan dan memelihara kulit yang kekurangan vitamin C. Bagi mendapatkan penawarnya ini, akar pokok maman perlu direbus dan dijadikan minuman.

Rujukan

  1. ^ http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=196&cat=HERBA Maman Hantu
  2. ^ Ong Hean Chooi, Sayuran:Khasiat Makanan dan Ubatan, Utusan Publications & Distribution Sdn.Bhd ulangan cetak 2006, ISBN 967-61-1390-5

Pautan luar

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Pokok Maman: Brief Summary ( Malay )

provided by wikipedia MS

Pokok Maman atau nama sainsnya Cleome gynandra adalah sejenis sayuran yang ditanam secara meluas terutama di Terengganu dan Negeri Sembilan, Malaysia. Ia juga ditanam sebagai sayuran di kawasan tertentu di Asia dan Afrika.

Malah dikatakan nama Kemaman adalah dari nama maman. Di Negeri Sembilan, di antara kawasan tanaman utama maman adalah di Gemencheh. Kawasan ini termasuklah Kg Sri Asahan, Pekan Gemencheh , Kg Gedok, Sg Dua, Gemencheh lama, Kg. Sungai Kepong higga ke kg Sg Salah, termasuk juga Gugusan Felda Rokan.

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS