Leptotyphlopidae (juga dipanggil ular benang[2]) merupakan sebuah famili ular yang ditemui di Amerika Utara dan Selatan, Afrika dan Asia. Kesemuanya fosorial dan teradaptasi untuk mengorek tanah, memakan semut dan anai-anai. Dua genus dikenal pasti terdiri daripada 87 spesies.[2]
Ular-ular ini agak kecil dan jarang mencecah kepanjangan 30 cm; hanya Leptotyphlops macrolepis dan L. occidentalis yang tumbuh lebih panjang. Kranium dan rahang atas tidak boleh digerakkan dan tiadanya gigi pada rahang atas. Rahang bawah terdiri daripada tulang kuadrat yang agak panjang, tulang majmuk yang halus, dan tulang dentari yang agak panjang.[3] Badannya berbentuk silinder dengan kepala yang tumpul dan ekor yang pendek. Sisiknya amat tergilap. Feromon yang dirembeskannya melindungnya dari serangan anai-anai.[4] Dalam kalangan ular-ular ini adalah ular terkecil di dunia: L. carlae (Hedges, 2008).[5]
Didapati di Afrika, Asia barat dari Turki hingga barat laut India, di Pulau Socotra, dari barat daya Amerika Syarikat melalui Mexico dan Amerika Tengah hingga Amerika Selatan, kecuali di tanah tinggi Andes. Di pantai Pasifik Amerika Selatan ia terdapat sejauh selatan di pantai selatan Peru, dan di pantai Atlantik pula sejauh Uruguay dan Argentina. Di Karibia, ia ditemui di Bahamas, Hispaniola dan Antillen Kecil.[1]
Terdapat di pelbagai habitat baik kawasan gersang mahupun hutan hujan, terdapat berdekatan sarang semut dan anai-anai.
Makanannya terdiri terutamanya daripada anai-anai dan semut, termasuk larva dan pupanya. Kebanyakan spesies menghisap isi badan serangga dan membuang kulitnya.
Leptotyphlopidae (juga dipanggil ular benang) merupakan sebuah famili ular yang ditemui di Amerika Utara dan Selatan, Afrika dan Asia. Kesemuanya fosorial dan teradaptasi untuk mengorek tanah, memakan semut dan anai-anai. Dua genus dikenal pasti terdiri daripada 87 spesies.