dcsimg

Chelodina novaeguineae ( Malaio )

fornecido por wikipedia MS

Chelodina novaeguineae juga dikenali sebagai Kura-kura Leher Ular New Guinea ialah spesies kura-kura dari keluarga Chelidae. Spesies ini ditemui di timur laut Australia, Indonesia, dan Papua New Guinea.

Habitat

C. novaeguineae mendiami kawasan air tawar dan sungai yang subur dengan tumbuh-tumbuhan.

Ciri-ciri

Karapasnya berwarna coklat gelap, hampir hitam, dengan variasi corak berbanding kura-kura "biasa". Plastronnya berwarna coklat terang atau keperangan. C. novaeguineae mempunyai leher yang panjang, (termasuklah kepala) kadangkala melebihi panjang karapas. Warna kulitnya kelabu, kecuali hitam pada kepalanya, dan putih pada bahagian bawah.

Perlakuan

Semasa berehat, C. novaeguineae memusingkan lehernya yang panjang ke tepi sebagai langkah keselamatan. Lehernya yang fleksibel membolehkan haiwan ini menggunakan kepalanya untuk mengorek ke dasar lumpur serta bernafas secara efektif. Ia juga membantu kura-kura ini bertindak pantas untuk menerkam mangsanya.

Pembiakan

Haiwan ini bersifat ovipar. 17–21 biji telur dihasilkan dan proses pengeraman bertahan selama 75–110 hari bergantung kepada suhu.

Rujukan

  1. ^ Asian Turtle Trade Working Group. (2000). Chelodina novaeguineae. (errata version published in 2016) The IUCN Red List of Threatened Species 2000
  2. ^ Boulenger GA (1888). "On the Chelydoid Chelonians of New Guinea". Annali del Museo Civico di Storia Naturale di Genova, Series 2a, 6: 449–452. (Chelodina novae-guineae, new species, pp. 450–451).
  3. ^ van Dijk, Peter Paul; Iverson, John B.; Shaffer, H. Bradley; Bour, Roger; Rhodin, Anders G.J. (2012). "Turtles of the World, 2012 Update: Annotated Checklist of Taxonomy, Synonymy, Distribution, and Conservation Status". Chelonian Research Monographs. 5: 000.243–000.328.
  4. ^ Georges A, Thomson S (2010). "Diversity of Australasian freshwater turtles, with an annotated synonymy and keys to species" (PDF). Zootaxa. 2496: 1–37.

Pautan luar

Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Chelodina novaeguineae Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Chelodina novaeguineae
Portal.svg Portal Turtles
licença
cc-by-sa-3.0
direitos autorais
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visite a fonte
site do parceiro
wikipedia MS

Chelodina novaeguineae: Brief Summary ( Malaio )

fornecido por wikipedia MS

Chelodina novaeguineae juga dikenali sebagai Kura-kura Leher Ular New Guinea ialah spesies kura-kura dari keluarga Chelidae. Spesies ini ditemui di timur laut Australia, Indonesia, dan Papua New Guinea.

licença
cc-by-sa-3.0
direitos autorais
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visite a fonte
site do parceiro
wikipedia MS